Monday 12 December 2011

Rancangan Pengajaran Harian Matematik

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata Pelajaran            : Matematik.
Kelas                           : 2 Bestari Sek Keb Seri Anggerik, Cheras, Kuala Lumpur.
Bilangan Murid            : 35 orang
Masa                           : 12.20 hingga 12.50 tengah hari.
Jangka masa              : 30 minit
Topik                           : Nombor Bulat Dalam Lingkungan 1 000
Kemahiran                  : Menambah Dua Nombor Dalam Lingkungan 1 000
Hasil pembelajaran     : Di akhir pelajaran ini, pelajar dapat menambah dua nombor dua digit                                  dengan satu digit dengan mengumpul semula.
Alat bantu mengajar    : Komputer,
bahan maujud,  cakera padat berkaitan tajuk, lembaran                                     kerja, LCD
Nilai                             : Berhati-hati, bekerjasama    

Pengetahuan Sedia    : Murid telah belajar penambahan dua nombor dua digit dengan satu                                    digit tanpa mengumpul semula.


AKTIVITI PENGAJARAN

Set Induksi   
1. Guru memperkenalkan tajuk pengajaran dan pembelajaran.
2. Guru menggunakan benda maujud bagi mengaitkan pengetahuan sedia ada murid.
3. Guru menggunakan pin rambut sebagai bahan maujud untuk mengaitkan tajuk 
    pengajaran.
4. Guru menyoal  murid:   
     a) Berapakah jumlah pin rambut bagi dua pin rambut biru dan dua pin rambut merah?      
5. Guru menulis dalam bentuk ayat Matematbk dan seterusnya menulis dalam bentuk lazim.
            2  X  2  =   4                            2
            Ayat matematik                + 2       
                                                            4          Bentuk lazim
Langkah 1

1.Guru menunjukkan paparan video berkaitan tajuk.
2.Guru menyoal murid beberapa soalan berdasarkan paparan video tersebut.
      a) Berapakah bilangan penonton mengikut barisan yang terdapat dalam video?
3.Murid menjawab soalan yang ditanya oleh guru mengenai paparan video tadi.
4. Guru menulis jawapan bagi soalan berikut dalam bentuk ayat Matematik dan bentuk
    lazim.
5.Guru memanggil 3 orang murid ke hadapan bagi menyelesaikan soalan di papan putih.
6.  Murid yang dipanggil ke hadapan menyelesaikan soalan tersebut dalam bentuk lazim dan
     ayat Matematik.
7. Guru memberi peneguhan ke atas jawapan yang diberikan murid.

Langkah 2

1. Murid ditunjukkan video yang menunjukkan penambahan yang lain.
2. Guru  menulis dan menerangkan langkah bagi menyelesaikan penambahan yang 
    dipaparkan.     

3. Guru memberikan beberapa soalan sebagai memantapkan lagi pemahaman murid. 

Langkah 3

1. Seterusnya guru menunjukkan operasi tambah menggunakan garis nombor. 

2. Kemudian guru membimbing murid untuk menulis ayat matematik dan bentuk lazim               
    dengan mengumpul semula.                                                      
3. Guru mengulangi beberapa contoh lain tentang penambahan menggunakan kaedah yang
    sama iaitu garis nombor
4. Guru memanggil beberapa orang murid bagi menyelesaikan soalan tersebut menggnakan
    komputer.
5. Guru memberikan lembaran kerja sebagai latihan kepada murid.

Penutup:
1. Guru menguji murid dengan bertanya murid beberapa soalan yang hanya melibatkan
    penambahan secara lisan.

Rakaman video bagi sesi makropengajaran boleh dilihat melalui youtube.